BERHIJAB

"Eh.eh .hahaha..cantiknya pakai tudung"..(terasa kekembangan hidung mencecah tahap maksima)
"kenapa?x penah nampak aku pkai tudung ?"
"Hahaha..penah tapi last pun masa kat sekolah rendah dulu..haha"
Terima Kasih Ya ALLAH..sebab masih bagi peluang untuk aku perbetulkan semuanya..(walaupun sekarang masih tak betul sangat)

"Laaa.. ibu ingatkan tudung tu nak buat perhiasan ja dalam almari." Hanya mampu sengih.
Terasa di perli. Tapi tak apa,jauh dari sudut hati,ibu mmg suka tengok aku macam ni..macam sekarang. Sejuk perut ibu ngandung. alhamdulillah..Aku bangga dapat gembirakan hati ibu dan ayah. Haaa,berlipat kali ganda dapat pahala di situ.

****************
Syukur Alhamdulillah,tapi bukan bermaksud sebelum ni takpakai,tapi jiwa remaja.Insan kerdil yang selemah-lemah iman memang tak terlepas dari berbuat salah.. Aku ibaratkan berhijab ni macam boleh di 'pakai buang'(macam lagu stacy kan). Hanya depan kawan-kawan sekolah. tak ada maknanya..

Disember 2011
Hari ni (bkn hari ni la,ni da review blek kejadian ari tu) ada kenduri kawin kat umah tok.. Yuhuu.. bukan aku yg nak kawin. Lambat lagi. So apa lagi aku pun dress lawa-lawa.
Seriously I said yang hari tu memang penat sangat. Terkejar aku sana sini. Maklum la jadi penyambut tetamu.Belum jadi pengantin lagi tu..Then bila surut sikit orang,aku duduk sat dalam rumah. Penat sangat. Sambil rehat tu dengar la lagu-lagu dalam mp3 ni.

Aku play lagu islamic and i like untuk dengar lagu-lagu koleksi Opick..(memang aku suka dengar lagu2 cam ni.sebab bagi aku, dari situlah aku dapat cari kunci untuk buka hati aku yang keras kedekiang  ni (keras gila dalam loghat penang),
Ntah kenapa baru hari ni aku sebak dengar lagu-lagu ni.Alhamdulillah. Hatiku terbuka untuk mencintai islam ,agama aku sendiri..sayu hati ni..

*******
Dari situ aku start berazam untuk jadikan hijab as my priority.
"Nak pakai terus ?Alaa.. Nanti2 la. Aku baru pegi treatment rambut hari tu.Tak molek la.Pastu seluar-seluar 3 quater tu semua. Ada lagi yang baru beli, tak pakai pun lagi. Membazir tu kan amalan syaitan (fasih pulak cakap pasal agama time ni).At least...aku tak...ni.. tak tu..(ingat dengan pengakuan 'at least' tu boleh menyelamatkan aku kat Akhirat ke?. ", keluh hati hitamku.

Tapi tak apa,aku cuba berubah..?

Sejak tu aku cuba berubah dari segi pakaianku..Alhamdulillah..ada insan yg selalu berada di smpingku.Dia yg memujuk hati ini untuk terus tetap pada niatku.Tetiba aku teringat masa kat maktab suka-suka hati aku ja nak tarbiyah orang. Heee. Tapi tu aku buat atas dasar sayang kat kawan-kawan. Apa yang aku tau aku cakap. ok le tu kan..kan.kan..aku belajar dari apa yang aku sendiri cakap...Alhamdulillah masing2 menerimanya..:p

Tapi,aku manusia biasa..selemah-lemah iman.Hatiku masih berbisik,"Ikhlas ka aku ni??Aku ni solat pun macam huru-hara,baik aku jaga solat dulu la baru fikir nak pakai tudung. No fashion lah. Nomore acting like Tyra Banks lah..aiihh. It such a waste nak buang suma baju tu. Nanti nak msuk u lagi. Takkan nak buang suma baju tu?."

Tapi Alhamdulillah masih ada lagi  keimanan dalam hatiku yang berkata, "Amalina, tu semua perkara dunia. Perkara dunia semakin dikejar semakin jauh sebaliknya perkara akhirat semakin dikejar semakin dekat. Nak tunggu sampai bila lagi??

.."Nauzubillah ...

***KUNFAYAKUN..Be and it's be..Semua yang berlaku adalah ketentuan daripada-Nya.. Nak ke hidayah yang diberi pada kita ditolak sebulat-bulat.Aku bersyukur dalam usia ini,Allah dah buka pintu hatiku untuk kembali ke jalannya..Tapi jujur dalam hati ni,aku takut jika satu hari nanti, aku kembali pada lifestyle yang dulu..Yah,walaupun kurang bersosial tapi aku tak mau pakai seperti itu lagi..Tapi aku masih dalam proses mempelajari Islam itu sendiri.Kekuatan dari kelurga dan rakan2 yang menguatkan semangat aku..La Tahzan~~ Apatah lagi aku bakal melayari hidup sebagai seorang siswazah di universiti. Hope there's no culture shock for me there..amiin~

. Aku tekankan, bukan mudah untuk sesuatu perubahan. You fight to hold on and you fight to let go. And I found that change is not easy. I'm struggling to change everything I did before, the way I dress and enjoyed my life.. Sometimes I jealous  tengok budak-budak sebaya enjoying their life like I usedbefore (aq tau aq x patut fikir macam tu) but it just came across my mind. And also rasa menyesal, "kenapa aku berubah kearah ini?'". But when those thoughts came, I motivate myself. I should thank God because he chose me, aku tak patut rasa menyesal, I should thank Him !!






0 Comments