Kunfayakun |
Kunfayakun. Be and its be. Satu kata-kata dari Allah yang aku mula pegang mulai saat ini. Dalam kehidupan sekarang ini, apa-apa pun boleh jadi pada kita. Allah tu Maha Berkuasa. Tiada kuasa yang lebih besar dan miracle selain dari kuasaNya. Jadi, janganlah kita rasa kita baik sangat-sangat seolah tiada dosa yang kita lakukan. Kita manusia bukan malaikat. Fitrah kita adalah berbuat dosa. Tapi haruslah kembali bertaubat padaNya saat kita sedar kesalahan kita. Hatta pada Allah mahupun sesama manusia.
Hablulminallah. Hablulminannas. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan manusia.
"Eiii. tak suka la tengok dia tu. Macam gedik semacam ja. Agaknya siapa la nak kawan dengan dia. Dah la tak lawa."
selang beberapa bulan
" Eh, hang pasaipa, dulu kata tak mahu kawan dengan siapa. Sekarang ni bestfriend badai."
"Kawan-kawan aku tinggal aku. Depa kutuk aku kat belakang. Nasib baik dia ada.Dia la kawan aku sekarang."
Haaa. Kan dah kena semula. Dah faham kan? Dosa mengutuk orang. Dosa sebab menzalimi diri sendiri. Dosa dengan Allah kita boleh minta ampun. Kerana dia Maha Pengampun. Tapi, dosa sesama manusia, kita sendiri perlu minta keampunan dan maaf dari tuan empunya badan.
Jangan sekali merasa diri kita terbaik kerana saat kita merasa diri kita terbaik saat itulah kita berada di tingkat yang plaing bawah sekali. Nauzubillahhiminzalik. Mohon dijauh.
0 Comments